|
|
| Friday, 25-Sep-2009 13:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
^_^Raya Cookies^_^
|
|
Salam semua.....Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan dan pengunjung fotopage Nur. Diam tak diam dah seminggu kita berada dalam bulan syawal...... Ok lah Nur pun tak ada cerita yang nak diceritakan....Nur cuma nak kongsi dengan kawan-kawan kuih muih raya yang Nur buat tapi belum sempat nak update hari itu....abah along pun ada bertanya tak buat kuih ke tahun ini.....hehehe....lambat benar Nur nak update fotopage....terkedek-kedek macam penyu.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Sep-2009 05:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
.:.Kad Raya.:.
|
|
Salam semua....maaf kerana lama tak update fotopage ni....pada yang masih sudi singgah kesini....Nur ucapkan berbanyak-banyak terima kasih....pada adik ku Jasmeen yang tersayang maaf banyak-banyak kerana kak Nur lama tak update fotopage. Walaupun kak Nur tak update fotopage tetapi Meen tetap menjadi pujaan hati kak nur...hehe.
Sempena hari mulia yang bakal tiba tak beberapa hari lagi...disini Nur ingin memohon ampun dan maaf jika
terdapat kesalahan dan kesilapan yang pernah Nur lakukan atau tutur kata yang menguris hati semasa
memberi komen. Dengan ini selamat menyambut "Hari Raya Idilfitiri Maaf Zahir & Batin" dari Nur sekeluarga.
Sudi kira nya mengambil kad raya dari Nur yang jauh.
Kad raya dari teman-teman tersayang
| Quote: |
Dari Madiha
Dari Mamasya
Dari Kak Rus
Dari Kurie
Dari Jasmeen
Dari abang Meor
Dari Intan
Dari Ida
Dari Baayah
Dari Abahalong
Dari Niza
Dari Fazzarina
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Aug-2009 14:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
.:.Suji Almond & Gulai Tetel.:.
|
|
Salam semua....maaf kerana dah lama benar tak update fotopage ini...bukan merajuk, masa tak mengizinkan....malas pun ada...yang sebenar entry ni dah lama juga Nur kiv sebab fotopage lambat sangat nak tunggu...hai lemah betul nak menunggu...ada satu kali terus tak boleh masuk...haru biru dibuat nya....nak singgah ke fotopage kawan2 nak tinggal komen pun susah, itu yang malas. Nur akan tetap update walaupun tak selalu...memang sayang nak tinggalkan fotopage dan kawan2 juga. Terima kasih pada kawan2 yang memberi motivasi dan nasihat. Di sini Nur ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"
pada kawan2 semua dan juga pengunjung yang datang ke fotopage Nur.
Suji almond ~ Zubaidah Chepa
Bahan-Bahan
150 mentega
30 gm minyak sapi
80 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk badam
60 gm tepung suji
220 tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
Hiasan
Kuning telur dan badam nib
Cara-Cara
1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk badam dan serbuk penaik.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau acuan pilihan sendiri.
4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit atau sampai kekuningan.
********************************* *********************************
Bahan-Bahan
600 gm daging tetel
1/2 biji kelapa
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit basah
10 biji cili merah
10 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
4 ulas daun limau purut
2 helai daun salam
1 helai daun kunyit
Cara-Cara
1. Daging tetel dicuci bersih dan digaul bersama garam supaya cepat lembut.
2. Kemudian direbus dengan air yang banyak, jangan tambah air sewaktu daging sedang diatas api, ini akan
menyebabkan daging tersebut menjadi keras. Bagi mencepatkan rebusan daging tersebut agar menjadi lembut
masukkan halia.
3. Apabila daging telah lembut masukkan bahan-bahan kisar. Lengkuas dan serai diketuk.
4. Akhir sekali masukkan santan dan garam. Biarkan hingga mendidih baru lah diangkat.
********************************* *********************************
| Quote: |
dah lama tak dengar oldies song...suka versi lauryn hill
Can't Take My Eyes Off Of You lyrics
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived.
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.
Pardon the way that I stare.
There's nothing else to compare.
The sight of you leaves me weak.
There are no words left to speak.
But if you feel like I feel.
Please let me know that it's real.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
I need you baby,
and if it's quite all right,
I need you baby to warm a lonely night.
I love you baby.
Trust in me when I say:
Oh pretty baby,
don't bring me down I pray.
Oh pretty baby,
now that I found you, stay.
And let me love you,
Oh baby let me love you, oh baby....
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived.
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
I need you baby,
and if it's quite all right,
I need you baby to warm a lonely night.
I love you baby.
Trust in me when I say:
Oh pretty baby, don't bring me down I pray.
Oh pretty baby, now that I found you, stay.
And let me love you,
oh baby let me love you, oh baby....
I need you baby,
and if it's quite all right,
I need you baby to warm a lonely night.
I love you baby.
Trust in me when I say:
Oh pretty baby, don't bring me down I pray.
Oh pretty baby, now that I found you, stay.
And let me love you,
oh baby let me love you, oh baby....
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Jul-2009 08:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
.:.Ikan Bakar Portugis & Kuih Kaswi.:.
|
|
Salam semua....yang sebenar nya Nur rasa macam malas nak update fotopage lagi.....kalau boleh nak tutup terus....habis cerita kan. Bila setiap kali buka fotopage dan lihat pada statistics...rasa macam sayang pula pada pengunjung fotopage Nur....selain dari kawan2 yang setia datang berkunjung.....ada juga pengunjung yang tidak pernah tinggalkan jejak....mungkin malu agak nya....itu tak mengapa.....bila lihat pulak pada trackbacks....tau juga siapa yang sering tertunggu bila Nur nak update fotopage, walaupun fotopage Nur tak seindah mana seperti kata seorang warga fotopage "cantik kah fotopage anda" dan apa nak deco2? Tak tau kenapa begitu lancang sekali mulut dia? Walaubagaimana pun terima kasih banyak2 pada pengunjung yang sudi bertandang ke fotopage Nur sehingga tersenarai dalam kategori fotopage popular. Ok kita beralih cerita pada masak pula, Ikan Bakar Portugis sememang dah menjadi kegemaran anak2....Nur pun suka juga tapi tengok pada ikan nya...kalau ikan pari Nur tak suka. Nur masak ini pun untuk anak Nur yang suka ikan pari walaupun bila melihat ikan pari ia terasa macam geli...macam macam hal budak budak ni. Yang lagi satu kuih kaswi untuk hidangan petang. Ini saja lah yang dapat Nur tayangkan pada anda semua.
Ikan Bakar Portugis ~ resipi Chef Wan
Bahan-Bahan
1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan
daun pisang
Dikisar Halus
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut
Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .
3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.
****************** ******************
Kuih Kaswi
Bahan-Bahan
2 cawan gula timbang
4 1/2 atau 5 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepong jagung
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh kapur sirih
Kelapa putih secukup nya untuk di kukus.
Cara-Cara
1. Didihkan air, masukkan gula dan masak hingga gula hancur. Letakkan
daun pandan.
2. Sejukkan air gula, bila telah sejuk ditapis.
3. Masukkan air gula ke dalam tepung dan dikacau rata.
4. Tapis beberapa kali sehingga tepung tidak bergentil.
5. Di biarkan selama 1 1/2 jam.
6. Panaskan kukusan, siapkan loyang dan disapu dengan sedikit minyak
supaya adunan tidak melekat.
7. Jika menggunakan acuan kecil anggaran mengukus dalam 20 minit saja.
8. Gaulkan dengan kelapa putih yang telah dikukus.
****************** ******************
| Quote: |
one of my favourite song from MJ....sedih sedih...dia dah pergi pun
masih ada cerita2 negative...susah kan mulut kalau tak beli insuran..tak sensor betul. Duit
punya pasal macam2 cerita boleh buat.
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Jul-2009 15:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Onde Onde & Jemput-Jemput Pagoda
|
|
Salam semua, bila buat kuih onde-onde nie..teringat kak Roylazim...onde2 ini memang sedap...minggu lepas nur buat sampai dua kali....sebab bila dah habis anak Nur tanya lagi.....jadi buat sekali lagi... terima kasih kak Roy kerana berkongsi resipi dan Nur harap akak sihat selalu yea. Okay lah Nur tak nak cerita panjang2 sebab tak ada mood..cuma Nur harap kawan2 semua nya berada dalam keadaan sihat wal'afiat.
Onde-Onde keledek ~ resipi Roylazim.
Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.
******************************* ***********************************
Jemput-Jemput Pagoda ~ resipi dari buku warna
Bahan Bahan
250 gm tepung kacang kuda
3 tangkai cili hijau di potong bulat
1 sudu kecil baking powder
air secukup nya sama seperti nak buat jemput jemput
1 sudu kecil jintan halus
garam secukup nya
sedikit daun kari
Cara Cara
1. Kesemua bahan digaul menjadi satu dan tuangkan air.
2. Di kacau rata dan perapkan selama setengah jam.
3. Goreng seperti jemput jemput biasa.
******************************** *********************************
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Jun-2009 01:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
::Pandan Cheese Cake & Mee Bandung::
|
|
Salam semua....minggu ini Nur nak berkongsi cerita...bukan cerita apa...suspen aje kan. First time Nur buat Pandan Cheese Cake ini tak menjadi tapi second time menjadi. Apabila kita dah ikuti betul-betul cara resipi tapi tetap tak menjadi, ada kah itu salah resipi? Pada Nur bila sekali tak menjadi Nur akan cuba lagi....apa yang Nur buat kali kedua ini Nur pastikan kepanasan suhu oven.....masa first time buat dulu Nur tak jaga suhu oven..hanya biarkan begitu saje mengikut resipi nya. Suhu oven kan berbeza antara satu dengan yang lain. Yang lagi satu bila resipi yang mengasingkan putih telur memang agak leceh sikit, lebih2 lagi untuk nak jadikan meringue. Bagi yang dah berpengalaman memang tiada masaalah kan. Alhamdulilah, kali ini Nur berjaya....cuma hubby kata kek ini kosong dan ringan sangat, walau bagaimanapun rasa nya tetap sedappp...tak rugi mencuba nya. Dah ramai kawan kawan kat blog yang mencuba nya.
Yok kita minum petang sambil jamu pandan cheese cake.
Pandan Cheese Cake ~ resipi Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla
CARA MEMBUATNYA
1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Mee Bandung ~ resipi Chef Wan
Bahan-Bahan
Minyak untuk menggoreng
1 keping tauhu
beberapa biji telur
3 biji bawang dihiris
4 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang
2 sudu besar pes cili
500 ml air stok ayam
200 gm udang di buang kulit
200 gm sotong dipotong mengikut suka hati
1/2 cawan tomato sos
2 sudu makan pes cili thai (nam prik phao)
100 gm kobis dihiris
3 batang sawi di potong dalam 1 1/2 inci
6 biji fishball
taugeh jika suka
200 gm mee kuning dicelur
garam secukup rasa
Hiasan
bawang goreng,cili merah dan hijau,daun ketumbar dan daun bawang
Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan goreng tauhu, toskan tauhu dan potong kecil.
2. Keluarkan lebihan minyak tadi tinggalkan minyak dalam 4 sudu makan untuk menggoreng telur
setengah masak, setelah masak ketepikan telur itu.
3. Tambahkan minyak untuk menumis bawang,halia dan bawang putih. Tumis hingga wangi dan akhir sekali masukkan cili pes dan tumis selama satu minit.
4. Masukkan stok ayam,sotong,udang,tomato sos dan juga pes cili Thai. Kacau rata, masukkan kobis, sawi, fishball, taugeh dan tauhu. Bubuhkan garam mengikut rasa sendiri
5. Bila udang dan sotong telah masak, matikan api dan alihkan kedalam mangkuk. Hiaskan dengan daun ketumbar, telur, bawang goreng, cili merah dan hijau serta daun ketumbar. Dimakan dengan segera.
******************************************************************************************
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Jun-2009 07:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
***Minum petang***
|
 |
|
Choc Cheese Muffins & Chocolate Chips Streusel Pound Cake
|
|
|
Masa berlalu begitu cepat sekali...dah nak masuk minggu yang ketiga cuti sekolah....belum ada kesempatan untuk bawa anak Nur jalan-jalan...bosan juga dia kalau cuti dia masih kena ngadap buku....kadang nur tengok muka dia masam aje, memang Nur tak bertolak ansur, hari hari mesti ulangkaji semula pelajaran...tapi tetap ada break juga...boleh mengadap pc atau bermain. Apa yang Nur perhatikan anak Nur jarang sekali menonton tv sama seperti Nur. Nur jarang menonton tv melainkan kalau hubby ada rumah, baru Nur ikut menonton. Nanti bila lagi seminggu nak buka sekolah baru lah bawa anak Nur jalan jalan. Kalau berjalan anak beranak aje macam tak seronok gitu...sebab tahun ini hubby kena simpan cuti...maalum lah Nur sekarang selalu kan pergi check-up....nak juga stand by cuti mana lah tau tiba tiba Nur kena surgery. Okay lah lupakan cerita Nur.
resipi ini nur lupa dari mana nur dapat...kalau tak salah mungkin dari website blogger,
apa apa pun terima kasih kerana berkongsi.
Chocolate Cheese Muffins
Bahan-Bahan
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)
Cara Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
3. Masukkan gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
***************************************************************************************
Chocolate Chips Streusel Pound Cake ~ adapted from: Kitchen Snippets.
Thank you for sharing the recipe. I just copied and paste.
Ingredients
1 3/4 cup all purpose flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 stick (4 0z)) unsalted butter
3/4 cup granulated sugar
2 large eggs
1 tsp pure vanilla extract
1/2 cup sour cream
1/2 cup chocolate chips
Streusel
3 tbsp of flour
2 tbsp of butter
2 tbsp light brown sugar
1/4 tsp ground cinnamon
Method
1. Preheat oven to 325F. Lightly butter a loaf pan.
2. For the streusel combine flour, butter, brown sugar and cinnamon in the bowl and mix well. Set it aside.
3. Sift together the flour, baking powder and salt. Set aside. In mixer, cream the butter and sugar on medium speed until light and fluffy, about 2-3 minutes. . Then add eggs, one at a time, mixing well after each addition. Mix in vanilla extract.
4. On low speed, add a third of the flour and mix until the flour is just barely combined. Then mix in half of the sour cream. Repeat with another third of the flour, the remaining half of the sour cream and then the last third of the flour. Stir in chocolate chips with a spoon or spatula.
5. Spread the batter into your prepared loaf pan. Sprinkle the streusel over the batter. Bake until golden brown and a cake tester comes out clean, about 50-60 minutes. Let the cake cool in the pan for 15 minutes. Then carefully remove the cake from the pan and let it cool completely on a rack.
****************************************************************************************
| Quote: |
I would like to dedicate this song for you, papa...enjoy listening your favourite song.
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Jun-2009 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kari Ikan Masin & Crunchy Choc Chip Cookies
|
|
Dah lama benar nur tak masak kari ikan masin....bila sekali masak...masyaAllah bertambah
nasi..lepas itu takut sendiri...bukan apa takut berat badan naik, tapi tak kan lah sehari makan nasi bertambah boleh jadi gemuk kan! hahaha...tapi yang pasti bila dah lama tak timbang berat badan..sesekali timbang tengok dua kilo dah turun...ish...macam mana boleh turun...mungkin kerana penat...memang dari dulu nur tak boleh terlalu penat....kalau penat mesti badan susut...asal jangan kurus kering sudah. Hari ini pula dah mula cuti sekolah tapi anak nur masih perlu ke sekolah sebab ada aktiviti...bila masa nak berehat?
| Quote: |
*nota* pada sesiapa yang dah biasa membuat biskut, rasa nya tak ada masaalah
bila membaca resipi di bawah ini.... coklat putih itu hanya sebagai hiasan saja...nur tak suka
letak coklat putih sebab rasa nya manis tak sesuai untuk diri ku dan anak2...rasa coklat chip
tu dah cukup manis...ini ada lah resipi yang asal...kalau nur tak letak resipi yang asal...takut
pula dikatakan resipi ini tak complete. Tujuan nur iklas letak resipi ini cuma nur tak ikut letak
coklat putih saja.Harap dengan penjelasan ini tiada lagi keraguan. Hahaa..resipi asal pun tertulis
coklat putih sebagai hiasan, mengapa tak faham...kalau tak faham bahasa melayu nanti saya
taip kan dalam bahasa Inggeris.Kesabaran manusia ada batas nya...kalau dah berkali2 beri komen
yg negative teruja juga nak menjawab. I was not born yesterday okay...I know what is in your heart.
|
Kari Ikan Masin
Bahan-Bahan
2 bungkus tulang ikan kurau masin di rendam sebentar
1 biji bawang besar di hiris halus
3 biji bawang putih di hiris halus
1 cm halia di hiris halus
1 sudu kecil rempah tumis
5 sudu makan rempah kari ikan
sedikit daun kari
3 batang keloh di kerat dalam dua inci
2 biji tomato di belah dua
1 cawan kecil santan
sedikit asam jawa
Cara-Cara
1. Panaskan minyak tumiskan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah tumis, di kacau hingga wangi.
3. Rempah kari ikan di campur dengan sedikit air untuk di jadikan pes.
4. Masukkan rempah kari ikan tadi dan kacau rata, kemudian masukkan air.
5. Bila mendidih masukkan ikan kurau masin tadi.
6. Masukkan asam yang telah di gaul dengan santan.
7. Masukkan batang keloh dan biarkan mendidih sebentar.
8. Akhir sekali masukkan tomato potong dan matikan api.
Crunchy Choc Chip Cookies ~ resipi Home-made-biscuits
Bahan A
125 gm mentega
120 gm gula perang
60 gm mentega kacang
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp soda bikabonat
1 biji telur size B
1 tsp chocolate emulco
Bahan B
200 gm badam kepingan
Bahan C
180 gm tepung naik sendiri
Hiasan
Coklat masak putih
Cara-Cara
1. Sebatikan bahan A
2. Masukkan bahan B dan C dan uli sebati sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit adunan dan leperkan ke dulang.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk paipkan coklat putih secara pilin diatas biskut.
****************************************************************************
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-May-2009 04:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Walnut Brownies & Mamak mee goreng
|
 |
|
Walnut Brownies & Mamak Mee Goreng.....
|
|
|
Salam semua....bila exam dah hampir tamat, lega rasa hati...ini kali nur tak stres...relax saje sambil mengajar..anak nur pun tak stres...kalau tidak mencurah-curah airmata kerana di marahi mama nya.Kadang bagus juga ada blog atau pun fotopage untuk di buat kenangan...biar nanti tiga tahun akan datang dia dah mulai mengerti...baru dia tau akan pengorbanan mama nya yang turut bertungkus lumus mengajar dan memberi dorongan pada nya. Dulu memang nur tak suka jika anak nur mendapat markah kurang daripada 90 peratus tapi sekarang nur dah bersikap terbuka...lebih mengerti dan bertolaransi agar dia tak stres dan merasa takut (betapa garang nya aku nie) ...kadang kesian juga bila dia bertanya dengan nur jika dia mendapat markah 94/100 untuk subjek mathematic ada kah nur happy atau pun tidak? Tersentuh hati dengan pertanyaan dia yang bodoh itu? Cuma nur selalu pesan dengan dia mesti jadi lebih pandai dan berjaya dari abang nya. Apa yang nur taip di sini untuk di jadikan kenangan buat anak nur tak lebih dari itu.
* Pada kak Mas, beribu-ribu ampun dan maaf kerana belum dapat membalas email akak...satu dua hari ini akan nur balas email akak....bila nanti kak Mas turun sini boleh lah kita berjumpa dan kenal lebih dekat lagi.Okay take care kak.
Walnut Brownies ~ adapted from Allrecipes
Ingredients
1/4 cup butter
6 tablespoons carob powder (I used cocoa powder)
1 cup white sugar
1/4 teaspoon salt
1/2 cup all-purpose flour
2 teaspoons vanilla extract
2 egg white
1 cup chopped walnuts
Method
1. Preheat oven to 300 degrees F (175 degrees C).
2. Grease an 8-inch square baking pan.
3. Melt the butter or margarine over low heat.
4. Pour into large mixing bowl and stir in cocoa powder, sugar, salt, flour, and vanilla.
5. Mix in egg whites and walnuts. Spread the dough evenly into the baking pan.
6. Bake for 30 minutes. Let cool in pan for 10-15 minutes before cutting.
brownies ini dah beberapa minggu yang lalu nur buat hanya belum ada kesempatan untuk upload ke fotopage.
Mamak Mee Goreng
Bahan-Bahan
4 sudu minyak
2 biji bawang putih di cincang
2 sudu makan pes cili kisar atau mengikut selera sendiri
50 gm kobis di hiris
100 gm tauge
400gm mee kuning
2 keping tahu di goreng dan di potong kecil
1 biji kentang rebus di potong kecil
2 biji telur
Daun bawang jika suka
Bahan untuk sos
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap
2 sudu makan chili sos
3 sudu makan tomato ketchup
1/2 sudu garam (nur tak letak)
3 atau 4 sudu makan air
Untuk hiasan
1 biji cili merah dan hijau di hiris
2 biji limau kasturi
Cara Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan mee dan kacau rata.
4. Masukkan bahan sos, kentang rebus dan tahu. Kacau rata.
5. Kecil kan api, masukkan telur di tengah mee dan biarkan sebentar.
6. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tauge.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hijau serta perahkan limau kasturi.
* Bahan untuk membuat pes cili*
10 batang cili kering di rendam supaya lembut
2 biji cili merah
5 biji bawang kecil
1/2 sudu teh garam
4 sudu minyak masak
Cara Cara
1. Potong cili dan bawang di kisar untuk jadikan pes.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan cili pes.
3. Kacau rata dan biarkan aroma nya naik.
4. Ketepikan. pisahkan minyak dari pes nya.
5. Pes ini boleh di simpan di peti ais untuk kegunaan lain.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-May-2009 14:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Mother's Day
|
 |
|
Chocolate Chip Oreo Muffins & Tahu Goreng
|
|
|
Selamat Hari Ibu untuk semua....tapi pada pendapat Nur kalau nak tahu sejauh mana keiklasan seorang anak menyangi ibu nya, apabila waktu ibu nya sakit sanggup kah dia menjaga ibu...bila ibu dah tak ada daya upaya sanggup kah mereka menjaga nya....tapi sekarang dah banyak contoh..pelbagai cerita dah terjadi.... ok lah nur cuma beri pandangan saje tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa. Dan nur minta maaf lambat benar Nur nak update fotopage....memang anak tengah menghadapi exam..tapi itu bukan alasan nya...kalau fotopage ini nur suka buat editing....maalum lah minat pada scrapping dan juga editing....habis nak buat macam mana...ada suara-suara nakal yang mengkritik fotopage nur secara terang-terang....tapi nak buat macam mana kan kalau dah minat...ini hobi aku, fotopage aku...aku punya suka lah walaupun gambar nya tak secantik mana....bak kata suami Nur orang macam gini ada sakit barah otak tak boleh tengok orang lebih....hehehe...anak Nur pun ketawa mendengar nya. Ok lah Nur tak mau panjangkan cerita ini.
Tahu Goreng
Bahan-Bahan
6 keping tahu di goreng dan di potong enam
200 gm tauge di celur
1 biji timun di potong serong
air asam secukup nya
3/4 cawan kicap manis
1/2 cawan gula merah
minyak secukup nya untuk menggoreng tahu
garam secukup rasa
10 biji cili padi (ikut suka pedasnya)
3 ulas bawang putih di tumbuk
2 cawan kacang tanah di goreng dan di kisar kasar
Sedikit petis (jika suka)
Cara-Cara
1. Campurkan kacang tanah dan bawang putih dengan air asam. Kacau rata.
2. Masukkan gula dan garam sambil di kacau lagi, kemudian masukkan kicap.
3. Susun tahu di dalam pinggan, letakkan tauge dan timun di atas nya.
4. Kemudian siramkan dengan kuah kacang.
 
Chocolate Chip Oreo Muffins. ~ resepi dari seorang
blogger (tapi dah lupa siapa pulak orang nya) Terima kasih kerana berkongsi.
Bahan-Bahan
1 biji telur
120 ml susu segar
55 gm mentega di cairkan
170 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
80 gm gula pasir
70 gm biskut oreo di patah-patahkan
70 gm chocolate chips
Cara-Cara
1. Susunkan muffin casing ke dalam muffin pan.
2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam, lalu ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 200c atau 190c (mengikut suhu oven sendiri).
4. Pukul telur dengan menggunakan whisker bersama susu dan mentega sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi bersama chocolate chips ke dalam adunan. Kacau rata bahan itu.
6. Akhir sekali masukkan biskut oreo dan kacau rata.
7. Jika suka boleh lah di taburkan dengan chocolate chips dan bakar selama 15 atau 20 minit.
|
|
|
|
|