
Nur ingin minta
maaf pada teman2 yang bertanya tentang resepi Coffee Butter Cake tu...sebenar nya resepi itu
dah hilang kemana

nur salin di kertas...mungkin nur agak cuai sedikit

kot2 terbuang
bersama sampah yg lain. Nampak nya buat masa ini nur belum dapat tepek lagi

Maafkan
nur sekali lagi

.Hari ini juga font tak berwarna..merajuk kot...jadi warna asli aje
Minggu lepas nur masak resepi Thai dari buku masakkan nur, resepi Chef Wan....hubby kata sedap
kalau sedap boleh ler masuk dalam menu masakkan seharian.

Okay, sekarang mari kita jamu
mata

.
Kari Udang Bernanas Thai
Bahan-bahan
3 sudu besar minyak masak
500 ml santan
3 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
garam
gula
350 gm nanas yg di hiris
700 gm udang air tawar yang sederhana, dibuang kaki dan
janggut nya.
Segenggam daun selasih
Bahan Kisar
10 tangkai cili merah
2 batang serai di hiris halus
1 cm lengkuas
3 tangkai daun ketumbar
2 sudu teh hirisan kulit limau purut
10 biji lada hitam
2 sudu teh serbuk jintan putih (jintan halus)
1 sudu teh belacan
2 sudu teh kunyit serbuk
Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bahan
kisar sehingga naik bau nya.
2. Masukkan santan, daun limau purut, sos ikan, garam dan gula serta nanas.
3. Renihkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang dan daun selasih. Biarkan merenih selama 3 minit.
Kepak Ayam Goreng Thai
Bahan-Bahan
15 keping kepak ayam
Minyak masak untuk menggoreng terendam
Bahan Pemerap
1/2 sudu teh air limau nipis
2 sudu besar ketumbar serbuk
3 ulas bawang putih di kisar halus
1 batang serai di kisar halus
2 helai daun limau purut di kisar
1 sudu teh lada putih
2 1/2 sudu teh sos ikan
1 sudu besar kicap manis
Cara-Cara
1. Gaul ayam dengan bahan pemerap dan ketepikan selama sekurang-kurang
nya 1 jam atau semalam.
2. Goreng terendam ayam dengan minyak panas sehingga kuning keemasan.
3. Tuskan kepak ayam tadi dan di hidangkan segera.






*Nur suka serta minat dengan Mariah Carey nie semasa zaman decent dia... tapi sekarang
ish....seram aahhh tengok dia...walaupun begitu lagu2 lama dia tetap nur minat.* Kepada
yg minat dia boleh ler on youtube ni...