Want your
own Fotopage?





































 
~: Welcome To Nur's Fotopage ~:

By: Nurfikas Salleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Jul-2009 15:05 Email | Share | | Bookmark
Onde Onde & Jemput-Jemput Pagoda

 
Salam semua, bila buat kuih onde-onde nie..teringat kak Roylazim...onde2 ini memang sedap...minggu lepas nur buat sampai dua kali....sebab bila dah habis anak Nur tanya lagi.....jadi buat sekali lagi... terima kasih kak Roy kerana berkongsi resipi dan Nur harap akak sihat selalu yea. Okay lah Nur tak nak cerita panjang2 sebab tak ada mood..cuma Nur harap kawan2 semua nya berada dalam keadaan sihat wal'afiat.





Onde-Onde keledek ~ resipi Roylazim.

Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan




Cara-Cara

1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.


******************************************************************



Jemput-Jemput Pagoda ~ resipi dari buku warna

Bahan Bahan

250 gm tepung kacang kuda
3 tangkai cili hijau di potong bulat
1 sudu kecil baking powder
air secukup nya sama seperti nak buat jemput jemput
1 sudu kecil jintan halus
garam secukup nya
sedikit daun kari




Cara Cara

1. Kesemua bahan digaul menjadi satu dan tuangkan air.

2. Di kacau rata dan perapkan selama setengah jam.

3. Goreng seperti jemput jemput biasa.

*****************************************************************


Quote:


touching moments..flashback memories of late MJ




salam kak nur.......sihat ke?
wah, onde2 keledek plk.......sya cukup suka kuih ni.......
nk plk kalo kelapanya byk.......
sya rasa, dlm byk2 kuih, onde2 ni la yg plg mudah sekali prosesnya.......
jemput2 pagoda ni mesti sedap cicah ngan kuah kari.....
** kak nur, nk tnya kak nur edit2 ni guna sofware apa ye?
cantik sgt la.......berkenan plk.......
Sat 4-Jul-2009 10:42
Posted by:baayah  - [Link]
salam nur,
first time dengo jemput2 pagoda
kalu cecah dgn sambal tumis ...perghhh...
Sat 4-Jul-2009 17:51
Posted by:kurie shukri.nordin@gmail.com  - [Link]
salam nur,
first time dengo jemput2 pagoda
kalu cecah dgn sambal tumis ...perghhh...
Sat 4-Jul-2009 17:52
Posted by:kurie shukri.nordin@gmail.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 22-Jun-2009 01:55 Email | Share | | Bookmark
::Pandan Cheese Cake & Mee Bandung::

 
Salam semua....minggu ini Nur nak berkongsi cerita...bukan cerita apa...suspen aje kan. First time Nur buat Pandan Cheese Cake ini tak menjadi tapi second time menjadi. Apabila kita dah ikuti betul-betul cara resipi tapi tetap tak menjadi, ada kah itu salah resipi? Pada Nur bila sekali tak menjadi Nur akan cuba lagi....apa yang Nur buat kali kedua ini Nur pastikan kepanasan suhu oven.....masa first time buat dulu Nur tak jaga suhu oven..hanya biarkan begitu saje mengikut resipi nya. Suhu oven kan berbeza antara satu dengan yang lain. Yang lagi satu bila resipi yang mengasingkan putih telur memang agak leceh sikit, lebih2 lagi untuk nak jadikan meringue. Bagi yang dah berpengalaman memang tiada masaalah kan. Alhamdulilah, kali ini Nur berjaya....cuma hubby kata kek ini kosong dan ringan sangat, walau bagaimanapun rasa nya tetap sedappp...tak rugi mencuba nya. Dah ramai kawan kawan kat blog yang mencuba nya.



Yok kita minum petang sambil jamu pandan cheese cake.

Pandan Cheese Cake ~ resipi Cik Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA

200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega

70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla




CARA MEMBUATNYA

1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...

2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.

3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.

4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Mee Bandung ~ resipi Chef Wan

Bahan-Bahan

Minyak untuk menggoreng
1 keping tauhu
beberapa biji telur
3 biji bawang dihiris
4 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang
2 sudu besar pes cili
500 ml air stok ayam
200 gm udang di buang kulit
200 gm sotong dipotong mengikut suka hati
1/2 cawan tomato sos
2 sudu makan pes cili thai (nam prik phao)
100 gm kobis dihiris
3 batang sawi di potong dalam 1 1/2 inci
6 biji fishball
taugeh jika suka
200 gm mee kuning dicelur
garam secukup rasa


Hiasan

bawang goreng,cili merah dan hijau,daun ketumbar dan daun bawang



Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu, toskan tauhu dan potong kecil.

2. Keluarkan lebihan minyak tadi tinggalkan minyak dalam 4 sudu makan untuk menggoreng telur
setengah masak, setelah masak ketepikan telur itu.

3. Tambahkan minyak untuk menumis bawang,halia dan bawang putih. Tumis hingga wangi dan akhir sekali masukkan cili pes dan tumis selama satu minit.

4. Masukkan stok ayam,sotong,udang,tomato sos dan juga pes cili Thai. Kacau rata, masukkan kobis, sawi, fishball, taugeh dan tauhu. Bubuhkan garam mengikut rasa sendiri

5. Bila udang dan sotong telah masak, matikan api dan alihkan kedalam mangkuk. Hiaskan dengan daun ketumbar, telur, bawang goreng, cili merah dan hijau serta daun ketumbar. Dimakan dengan segera.


******************************************************************************************



Quote:


kekasih gelapku, sib baik bukan isteri gelapku.





wahhhhhhhhhh.......... sedap sampai terliur2 ni... haaaaa cam no?? sape nak jawab ?? hehehehe... pandan cheese cake tu nampak menawan lerr... mee bandung tu lagi ler sodapppp... adooiiii petang2 dok kat opis ni... tengok mmg terliur sakan ler... Mon 29-Jun-2009 08:14
Posted by:jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
Seleranya tengok mee bandung Nur Mon 29-Jun-2009 13:39
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
mee bandunggggg
sodap....nyer...lama dh x pkena...
buat kecor air liur jer nie....
Tue 30-Jun-2009 05:51
Posted by:Kurie shukri.nordin@gmail.com  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Sunday, 14-Jun-2009 07:02 Email | Share | | Bookmark
***Minum petang***

Choc Cheese Muffins & Chocolate Chips Streusel Pound Cake
Masa berlalu begitu cepat sekali...dah nak masuk minggu yang ketiga cuti sekolah....belum ada kesempatan untuk bawa anak Nur jalan-jalan...bosan juga dia kalau cuti dia masih kena ngadap buku....kadang nur tengok muka dia masam aje, memang Nur tak bertolak ansur, hari hari mesti ulangkaji semula pelajaran...tapi tetap ada break juga...boleh mengadap pc atau bermain. Apa yang Nur perhatikan anak Nur jarang sekali menonton tv sama seperti Nur. Nur jarang menonton tv melainkan kalau hubby ada rumah, baru Nur ikut menonton. Nanti bila lagi seminggu nak buka sekolah baru lah bawa anak Nur jalan jalan. Kalau berjalan anak beranak aje macam tak seronok gitu...sebab tahun ini hubby kena simpan cuti...maalum lah Nur sekarang selalu kan pergi check-up....nak juga stand by cuti mana lah tau tiba tiba Nur kena surgery. Okay lah lupakan cerita Nur.




resipi ini nur lupa dari mana nur dapat...kalau tak salah mungkin dari website blogger,
apa apa pun terima kasih kerana berkongsi.


Chocolate Cheese Muffins

Bahan-Bahan

140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)




Cara Cara

1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.

2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.

3. Masukkan gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.

4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.


***************************************************************************************



Chocolate Chips Streusel Pound Cake ~ adapted from: Kitchen Snippets.
Thank you for sharing the recipe. I just copied and paste.


Ingredients

1 3/4 cup all purpose flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 stick (4 0z)) unsalted butter
3/4 cup granulated sugar
2 large eggs
1 tsp pure vanilla extract
1/2 cup sour cream
1/2 cup chocolate chips




Streusel



3 tbsp of flour
2 tbsp of butter
2 tbsp light brown sugar
1/4 tsp ground cinnamon




Method

1. Preheat oven to 325F. Lightly butter a loaf pan.

2. For the streusel combine flour, butter, brown sugar and cinnamon in the bowl and mix well. Set it aside.

3. Sift together the flour, baking powder and salt. Set aside. In mixer, cream the butter and sugar on medium speed until light and fluffy, about 2-3 minutes. . Then add eggs, one at a time, mixing well after each addition. Mix in vanilla extract.

4. On low speed, add a third of the flour and mix until the flour is just barely combined. Then mix in half of the sour cream. Repeat with another third of the flour, the remaining half of the sour cream and then the last third of the flour. Stir in chocolate chips with a spoon or spatula.

5. Spread the batter into your prepared loaf pan. Sprinkle the streusel over the batter. Bake until golden brown and a cake tester comes out clean, about 50-60 minutes. Let the cake cool in the pan for 15 minutes. Then carefully remove the cake from the pan and let it cool completely on a rack.


****************************************************************************************




Quote:


I would like to dedicate this song for you, papa...enjoy listening your favourite song.








Salam k'nur...
Muffin yg sungguh mengoda...dah terliur dah ni...
Bertuah anak2 dapat ibu yg sebaik k'nur...sungguh peka dgn pelajaran anak2...
Pandai lak tu memasak...memang untung anak2 and husband akak...
Kat atas tu ada tertulis akak selalu p chek up...akak tak sihat ke??? sakit apa???
Mon 22-Jun-2009 02:13
Posted by:liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
saya lapar ... x breakfast lagi ... boleh hulur sket Mon 22-Jun-2009 03:10
Posted by:FarEast  - [Link]
alamakkk kak nur...
sodapnya yg choc2 nih!!!
Fri 26-Jun-2009 13:11
Posted by:shima27  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Monday, 1-Jun-2009 09:00 Email | Share | | Bookmark
Kari Ikan Masin & Crunchy Choc Chip Cookies

 
Dah lama benar nur tak masak kari ikan masin....bila sekali masak...masyaAllah bertambah
nasi..lepas itu takut sendiri...bukan apa takut berat badan naik, tapi tak kan lah sehari makan nasi bertambah boleh jadi gemuk kan! hahaha...tapi yang pasti bila dah lama tak timbang berat badan..sesekali timbang tengok dua kilo dah turun...ish...macam mana boleh turun...mungkin kerana penat...memang dari dulu nur tak boleh terlalu penat....kalau penat mesti badan susut...asal jangan kurus kering sudah. Hari ini pula dah mula cuti sekolah tapi anak nur masih perlu ke sekolah sebab ada aktiviti...bila masa nak berehat?


Quote:


*nota* pada sesiapa yang dah biasa membuat biskut, rasa nya tak ada masaalah
bila membaca resipi di bawah ini.... coklat putih itu hanya sebagai hiasan saja...nur tak suka
letak coklat putih sebab rasa nya manis tak sesuai untuk diri ku dan anak2...rasa coklat chip
tu dah cukup manis...ini ada lah resipi yang asal...kalau nur tak letak resipi yang asal...takut
pula dikatakan resipi ini tak complete. Tujuan nur iklas letak resipi ini cuma nur tak ikut letak
coklat putih saja.Harap dengan penjelasan ini tiada lagi keraguan. Hahaa..resipi asal pun tertulis
coklat putih sebagai hiasan, mengapa tak faham...kalau tak faham bahasa melayu nanti saya
taip kan dalam bahasa Inggeris.Kesabaran manusia ada batas nya...kalau dah berkali2 beri komen
yg negative teruja juga nak menjawab. I was not born yesterday okay...I know what is in your heart.







Kari Ikan Masin

Bahan-Bahan

2 bungkus tulang ikan kurau masin di rendam sebentar
1 biji bawang besar di hiris halus
3 biji bawang putih di hiris halus
1 cm halia di hiris halus
1 sudu kecil rempah tumis
5 sudu makan rempah kari ikan
sedikit daun kari
3 batang keloh di kerat dalam dua inci
2 biji tomato di belah dua
1 cawan kecil santan
sedikit asam jawa




Cara-Cara

1. Panaskan minyak tumiskan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah tumis, di kacau hingga wangi.
3. Rempah kari ikan di campur dengan sedikit air untuk di jadikan pes.
4. Masukkan rempah kari ikan tadi dan kacau rata, kemudian masukkan air.
5. Bila mendidih masukkan ikan kurau masin tadi.
6. Masukkan asam yang telah di gaul dengan santan.
7. Masukkan batang keloh dan biarkan mendidih sebentar.
8. Akhir sekali masukkan tomato potong dan matikan api.






Crunchy Choc Chip Cookies ~ resipi Home-made-biscuits

Bahan A

125 gm mentega
120 gm gula perang
60 gm mentega kacang
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp soda bikabonat
1 biji telur size B
1 tsp chocolate emulco


Bahan B
200 gm badam kepingan

Bahan C
180 gm tepung naik sendiri

Hiasan
Coklat masak putih


Cara-Cara

1. Sebatikan bahan A

2. Masukkan bahan B dan C dan uli sebati sehingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit adunan dan leperkan ke dulang.

4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.

5. Setelah biskut sejuk paipkan coklat putih secara pilin diatas biskut.


****************************************************************************



Quote:


Take a break...








Salam, tumpang lalu jap... nak iklan sikit... Salam perkenalan dari Kak Hai…
SESIAPA NAK G BERSANTAI KAT PD SILALAH SINGGAH KAT FP KAK HAI ADA MENYEDIAKAN BILIK STUDIO UNTUK DISEWA @ TIARA BEACH RESORT...
MARI-MARI....CUTI2 MALAYSIA...SAPE CEPAT DIA DPEK... HEHEHHE
Fri 19-Jun-2009 07:54
Posted by:kak hai  - [Link]
woooooow Kari Ikan Kering dgn Kello.. nie dgn nasi sejuk pun leh habis sebesen... *gulps*.... Sat 4-Jul-2009 07:31
Posted by:rahim jmbangi@gmail.com  - [Link]
kari ikan kering..... Sat 4-Jul-2009 07:33
Posted by:rahim jmbangi@gmail.com  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Tuesday, 19-May-2009 04:35 Email | Share | | Bookmark
Walnut Brownies & Mamak mee goreng

Walnut Brownies & Mamak Mee Goreng.....
Salam semua....bila exam dah hampir tamat, lega rasa hati...ini kali nur tak stres...relax saje sambil mengajar..anak nur pun tak stres...kalau tidak mencurah-curah airmata kerana di marahi mama nya.Kadang bagus juga ada blog atau pun fotopage untuk di buat kenangan...biar nanti tiga tahun akan datang dia dah mulai mengerti...baru dia tau akan pengorbanan mama nya yang turut bertungkus lumus mengajar dan memberi dorongan pada nya. Dulu memang nur tak suka jika anak nur mendapat markah kurang daripada 90 peratus tapi sekarang nur dah bersikap terbuka...lebih mengerti dan bertolaransi agar dia tak stres dan merasa takut (betapa garang nya aku nie) ...kadang kesian juga bila dia bertanya dengan nur jika dia mendapat markah 94/100 untuk subjek mathematic ada kah nur happy atau pun tidak? Tersentuh hati dengan pertanyaan dia yang bodoh itu? Cuma nur selalu pesan dengan dia mesti jadi lebih pandai dan berjaya dari abang nya. Apa yang nur taip di sini untuk di jadikan kenangan buat anak nur tak lebih dari itu.

* Pada kak Mas, beribu-ribu ampun dan maaf kerana belum dapat membalas email akak...satu dua hari ini akan nur balas email akak....bila nanti kak Mas turun sini boleh lah kita berjumpa dan kenal lebih dekat lagi.Okay take care kak.




Walnut Brownies ~ adapted from Allrecipes

Ingredients

1/4 cup butter
6 tablespoons carob powder (I used cocoa powder)
1 cup white sugar
1/4 teaspoon salt
1/2 cup all-purpose flour
2 teaspoons vanilla extract
2 egg white
1 cup chopped walnuts




Method

1. Preheat oven to 300 degrees F (175 degrees C).
2. Grease an 8-inch square baking pan.
3. Melt the butter or margarine over low heat.
4. Pour into large mixing bowl and stir in cocoa powder, sugar, salt, flour, and vanilla.
5. Mix in egg whites and walnuts. Spread the dough evenly into the baking pan.
6. Bake for 30 minutes. Let cool in pan for 10-15 minutes before cutting.



brownies ini dah beberapa minggu yang lalu nur buat hanya belum ada kesempatan untuk upload ke fotopage.



Mamak Mee Goreng

Bahan-Bahan

4 sudu minyak
2 biji bawang putih di cincang
2 sudu makan pes cili kisar atau mengikut selera sendiri
50 gm kobis di hiris
100 gm tauge
400gm mee kuning
2 keping tahu di goreng dan di potong kecil
1 biji kentang rebus di potong kecil
2 biji telur
Daun bawang jika suka


Bahan untuk sos

1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap
2 sudu makan chili sos
3 sudu makan tomato ketchup
1/2 sudu garam (nur tak letak)
3 atau 4 sudu makan air


Untuk hiasan

1 biji cili merah dan hijau di hiris
2 biji limau kasturi


Cara Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan mee dan kacau rata.
4. Masukkan bahan sos, kentang rebus dan tahu. Kacau rata.
5. Kecil kan api, masukkan telur di tengah mee dan biarkan sebentar.
6. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tauge.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hijau serta perahkan limau kasturi.




* Bahan untuk membuat pes cili*

10 batang cili kering di rendam supaya lembut
2 biji cili merah
5 biji bawang kecil
1/2 sudu teh garam
4 sudu minyak masak


Cara Cara

1. Potong cili dan bawang di kisar untuk jadikan pes.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan cili pes.
3. Kacau rata dan biarkan aroma nya naik.
4. Ketepikan. pisahkan minyak dari pes nya.
5. Pes ini boleh di simpan di peti ais untuk kegunaan lain.





Quote:


Once Dealova......best juga dengar lagu ini...sayup2 gitu.




Akak mee mamak kan selalu letak alah apa nama kuih tuuu....akak tahu nak buat tak...!!!sue suka makan mee mamak yg ada kuih tuu adusss terasa lapaq lee pulak...
akak kasi lee menu org pantang kak....kali ni kena pantang sorang2 nasib lee ada inlaw...
Tue 26-May-2009 02:59
Posted by:sue crvmin@gmail.com  - [Link]
SEDAPNYER KAK BROWNIES ITUU...AZUE SUKER SANGAT BROWNIES NIEE....MEE GORENG MAMAK PUN AZUE SUKERR... Tue 26-May-2009 06:02
Posted by:AZUERIENA NORASH amoii@yahoo.com  - [Link]
Salam Nur.....kak rus tergoda dgn semua hidangan Nur....Mee mamak tu....Hiasan laman Nur pun apa kurangnya...mengancam
dan indah sekali
Thu 28-May-2009 23:35
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Monday, 11-May-2009 14:24 Email | Share | | Bookmark
Happy Mother's Day

Chocolate Chip Oreo Muffins & Tahu Goreng
Selamat Hari Ibu untuk semua....tapi pada pendapat Nur kalau nak tahu sejauh mana keiklasan seorang anak menyangi ibu nya, apabila waktu ibu nya sakit sanggup kah dia menjaga ibu...bila ibu dah tak ada daya upaya sanggup kah mereka menjaga nya....tapi sekarang dah banyak contoh..pelbagai cerita dah terjadi.... ok lah nur cuma beri pandangan saje tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa. Dan nur minta maaf lambat benar Nur nak update fotopage....memang anak tengah menghadapi exam..tapi itu bukan alasan nya...kalau fotopage ini nur suka buat editing....maalum lah minat pada scrapping dan juga editing....habis nak buat macam mana...ada suara-suara nakal yang mengkritik fotopage nur secara terang-terang....tapi nak buat macam mana kan kalau dah minat...ini hobi aku, fotopage aku...aku punya suka lah walaupun gambar nya tak secantik mana....bak kata suami Nur orang macam gini ada sakit barah otak tak boleh tengok orang lebih....hehehe...anak Nur pun ketawa mendengar nya. Ok lah Nur tak mau panjangkan cerita ini.



Tahu Goreng



Bahan-Bahan

6 keping tahu di goreng dan di potong enam
200 gm tauge di celur
1 biji timun di potong serong
air asam secukup nya
3/4 cawan kicap manis
1/2 cawan gula merah
minyak secukup nya untuk menggoreng tahu
garam secukup rasa
10 biji cili padi (ikut suka pedasnya)
3 ulas bawang putih di tumbuk
2 cawan kacang tanah di goreng dan di kisar kasar
Sedikit petis (jika suka)




Cara-Cara

1. Campurkan kacang tanah dan bawang putih dengan air asam. Kacau rata.

2. Masukkan gula dan garam sambil di kacau lagi, kemudian masukkan kicap.

3. Susun tahu di dalam pinggan, letakkan tauge dan timun di atas nya.

4. Kemudian siramkan dengan kuah kacang.







Chocolate Chip Oreo Muffins. ~ resepi dari seorang
blogger (tapi dah lupa siapa pulak orang nya) Terima kasih kerana berkongsi.


Bahan-Bahan

1 biji telur
120 ml susu segar
55 gm mentega di cairkan
170 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
80 gm gula pasir
70 gm biskut oreo di patah-patahkan
70 gm chocolate chips




Cara-Cara

1. Susunkan muffin casing ke dalam muffin pan.

2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam, lalu ketepikan.

3. Panaskan oven pada suhu 200c atau 190c (mengikut suhu oven sendiri).

4. Pukul telur dengan menggunakan whisker bersama susu dan mentega sehingga sebati.

5. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi bersama chocolate chips ke dalam adunan. Kacau rata bahan itu.

6. Akhir sekali masukkan biskut oreo dan kacau rata.

7. Jika suka boleh lah di taburkan dengan chocolate chips dan bakar selama 15 atau 20 minit.




Quote:


back to oldies songand relax listening to the song.






hepi mothers day... lama x menyinggah dapur kak nur nie.. Fri 15-May-2009 10:31
Posted by:watie>>>>  - [Link]
Salam...
tumpang iklan baju muslimah kat sini skett yerr .....menumpang fofulariti fp meriah ni......terima kasih banyakkk!!!

http://rzamoslemhijab.blogspot.com
Sun 17-May-2009 01:20
Posted by:R'za rza.myhijab@gmail.com  - [Link]
ish ish camne lieya leh tak jenguk2 akak nie
entry akak ni dah lame ...lieya tak masuk plak
sori kak yeak, telepas pandangllaa nieh....
akak sihat....harap sihat dan ceria selalu yeak

kak nur, menarik laa tauhu kak nur...cam tauhu
bakar plak...ermkak nur penah makan tauhu bakar tak
camni laa...die bakar pastu letak kuah kicap...org belah2
johor biase laaaa....lieya mmg suke makan bende yg berasas
kan soya ni....konon2 utk kulit laa konon hik hik hik

wow kak nur, menarik tgk muffin tu
tapi mmg tak leh bagi damia n mirza makan sebijik camtu
kene suap baru boleh, kalo tak, nanti coklat chip nye ajek
yg dieorg korek....hi hi hi budak 2 org tu aci ngelat sikit
hik hik hik

hah!! ade org dengki ngan akak ke.....sape la lalat2 yg mengaco
tu...takpe kak...anggap jek org tu pendengki....akak sabar yeak
Tue 19-May-2009 02:31
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Thursday, 23-Apr-2009 06:41 Email | Share | | Bookmark
~Received award~

Daging Berempah & Chicken Cutlet Rice
Salam semua....bila dah lama tak update fotopage mesti nak beri salam kan....hehehe .Minggu lepas agak sibuk sedikit...anak-anak dah nak mula menghadapi peperiksaan.....yang satu ada projek dan yang satu lagi ada oral....nur pulak sakit kepala hari jumaat lepas...tak tau kenapa...check BP...ok...tekanan darah normal...apa yang tak kena?Terlanjur ini nur nak tinggal pesan buat kak mas yang jauh....mesti akak singgah ke fotopage nur kan....kenapa kak belum balas email dari nur....merajuk ke....maaf kerana nur terlambat nak balas email akak tu....nur tertunggu juga berita dari kak mas. Harap kak mas sihat.




Masakkan ini kegemaran anak-anak nur....ayam cutlet tu nur tak goreng dalam minyak yg terendam cuma guna kan minyak sedikit dalam kuali non stick. Nasi pula anak suruh masak nasi kuning...coleslaw nya nur ikut resepi dari video jug tapi hubby kata tak berapa sedap... agak nya sedap lagi coleslaw yang dia buat sendiri mengikut cita rasa nya.







Daging berempah ~ resepi dari Berita Harian Singapura.

Bahan-Bahan

500 gm daging lembu atau kambing
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis




Cara-Cara

1. Potong daging dan gaul dengan 1/2 sudu kecil garam dan lada sulah.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.

3. Masukkan daging dan di kacau rata.

4. Masukkan air untuk melembutkan daging tadi.

5. Biar mendidih sambil mengacau nya selalu dan biarkan kuah agak pekat.

6. Bila daging telah empuk masukkan santan, garam, asam keping dan gula.

7. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat.




Quote:


nur suka sekali mendengar lagu ini tanpa jemu...kenangan terindah













Salam..tumpang iklan ye...
Mother's day promotion!!!! 10% diskaun on telekung,
discounted pos laju to RM5 per item,
free pos if buying more than 2 items..kain sulam, kebaya, kurung kebaya..all new CANTIK!!
Hurry visit us at http://exclusiveapparel.blogspot.com/
Wed 6-May-2009 15:32
Posted by:mamaluq  - [Link]
**happy mother's day kak nur sayang** Fri 8-May-2009 02:23
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
Salam Nur....Selamat Hari Ibu......
dah beberapa kali dtg nak jamu mata dg menu Nur....tp belum ada hidangan baru...busy ya....
re; sempat bersms dgn Yah masa balik cuti Dec lepas....dia tinggal di Perak skrg.....miss lah dgn kawan2 lama spt Yah dll yg dah tak berfp...berblog lagi.....
kalau ada kelapangan jln2 ke S'pore boleh Syazrin jumpa auntie Nur........ tp Syazrin sejak besar ni jual mahal sikit....mintak nak cium dia pun susah..tak nak..ikut mood...
Sun 10-May-2009 02:24
Posted by:Mamasya  - [Link]
View all 31 comments Add comment


Wednesday, 8-Apr-2009 07:00 Email | Share | | Bookmark
~Chicken Black Pepper & Tori No Karaage~

Chicken Black Pepper & Tori No Kara-age
Salam semua...ayam black pepper itu lah kegemaran anak-anak nur....bila dengar black pepper rasa macam seram sikit sebab nur takut pedas....biar lah pedas yang sederhana...jangan yang boleh buat mulut berapi...... masakkan nur ringkas aje sekarang...janji anak2 suka....rasa nya memang dah lama tak buka buku masakkan....buat jeruk sekejap. Anak2 nur sebelum pulang dari sekolah mesti telefon dulu tanya mama nya masak apa? Waktu zaman nur sekolah dulu tak ada telefon bimbit jadi bila dah sampai rumah baru tau ayah masak apa...kalau tak kena cita rasa mesti nur merajuk...nanti ayah mesti buat sesuatu....sekarang perangai nur turun ke anak2 pulak. Kuah nak tumpah kat mana? Ayah nur bekerja shif , mak nur juga bekerja jadi ayah ambil alih tugas mak...bila hari tak bekerja baru lah mak masak...sesekali makan masakkan mak hmmmm..... sedap nya. . Sekarang tinggal kenangan saja.




Tori No Kara-age ~ Japanese Cuisine



Bahan-Bahan

2 keping dada ayam yang telah dibuang kulit dan tulang, dipotong
mengikut saiz nugget.


Bahan untuk diperap

2 ulas bawang putih yg besar diparut
30 gm halia tua diparut
3 sudu makan kicap
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar


Bahan-Bahan untuk digoreng

2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
minyak sayur untuk mengoreng



Cara-Cara penyediaan

1. Di dalam mangkuk yang sederhana gaulkan kesemua bahan seperti
halia, bawang putih, kicap, garam dan lada hitam berserta ayam.

2. Ayam tadi diperap selama 30 minit.

3. Tepung yang tadi digaul rata.

4. Ambil sekeping ayam yg telah diperap dan dicelup kedalam tepung sehingga
rata kesemua nya. Panaskan minyak pada suhu 180C.

5. Goreng dalam minyak yang terendam selama 4 atau 5 minit.

6. Hiaskan kan dengan salad dan hirisan lemon.






Chicken Black Pepper

Bahan-Bahan

500 gm kepak ayam
1 biji bawang besar di potong kasar
1 ulas bawang putih di cincang
1/2 cawan sayur campur
sos lada hitam
secukup tepung jagung


Cara-Cara

1. Ayam di cuci bersih dan ditoskan.

2. Panaskan kuali, kemudian ayam di golekan dalam tepung jagung
lalu digoreng.

3. Setelah ayam digoreng, ketepikan.

4. Panaskan kuali dan tumis bawang putih, masukkan bawang
besar dan tumis lagi biar wangi, kemudian masukkan sayur campur.

5. Akhir sekali masukkan sos lada hitam, ayam yang digoreng dan
perasakan dengan sedikit garam.







Quote:




nur suka sekali dengar lagu ini walaupun lagu tahun 60'an sampaikan
nur download lagu ini ke handphone...bila dengar terasa sedih sekali sebab lagu
ini lah yang membuat nur teringat pada bestfriend nur disaat2 hari terakhir semasa
perpisahan disekolah dulu.... hhmm...flash back old memories.









Salam, dua-dua menu tu yati suka, nak buat pun rasanya tak susah sangatkan..
Kalau ayam ni digoreng2 macam tu baru boleh jalan kat rumah yati. Kalau dimasak lauk kari ke, lemak cili padi ke kureng laku sikit..
Thu 16-Apr-2009 06:26
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
re; masa Nur dtg tak habis bercerita ttg kisah Syafiq dan menu yg dihidangkan.... Fri 17-Apr-2009 02:31
Posted by:Mamasya  - [Link]
Thank akak, tp still tak leh wat nak attach glitters graphics...bila copy code tak keluar pic...geram rasanya..
fp akak mmg gorgeous
Wed 22-Apr-2009 09:15
Posted by:sue  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Friday, 27-Mar-2009 07:00 Email | Share | | Bookmark
Simple menu.....

~Muffin Nangka & Sayur Urap~
Kali ini nur buat muffin nangka.....terjumpa resepi dari Resepi.net. Nangka ini pun bau nya wangi dan manis rasa nya...teringat nur dulu semasa kecik kalau nak makan nangka tak payah susah2 beli kerana arwah nenek ada kebun nangka....makan lah sampai mana yang terdaya..tapi cucu2 nie macam tak kuasa tengok nangka ketika tu....yang suka mengangkut kaum suku kerabat yang lain...kesian nenek waktu tu penat2 menanam orang lain yang datang tukang angkut....siapa yang tak mau kalau dapat nangka free.




*macam mana lah boleh tertinggal huruf O di fotopage...mcm tak tau mengeja pulak.*
nak edit semula aduhhhh....malas sungguh...tutup sebelah mata aje lah.


Muffin Nangka ~ sumber Chef Zaidah


Bahan-bahan

350g tepung gandum
200g nangka - cincang
120g gula halus
115g mentega cair
300 ml susu cair
2 biji telur
1sm esen vanila
2st baking powder
1st garam


Cara-cara penyediaan

1. Ayak tepung gandum,baking powder dan garam.Masukkan
gula dan kacau rata. Ketepikan.

2. Pukul telur, susu dan mentega.

3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.

4. Masukkan tepung dan nangka. Adun sebati dan bakar pada suhu 200C
selama 20-25' sehingga keperangan.






Sayur Urap



Bahan-Bahan

150 gm kacang panjang di kerat 2 cm panjang
200 gm kangkung
150 gm tauge
10 biji cili merah (ikut cita rasa)
4 biji bawang putih
2 cm belacan
50 gm udang kering
beberapa cekur
1 helai daun cekur di mayang halus
1 biji kelapa parut yang telah dibuang kulit ari nya.
sedikit garam


Cara-Cara

1. Sayur di bersihkan dan dicelur dalam air panas sebentar saja, ditoskan dan ketepikan.

2. Bawang merah, bawang putih,cekur, cili merah, udang kering dan belacan dikisar.

3. Bahan-bahan diatas tadi di sangar sebentar, kemudian masukkan kelapa, digaul rata
dan sangar lagi.

4. Kemudian digaul bersama sayur-sayuran tadi.


*Kalau nur suka tambahkan kacang botol biar ada krap kruk sedikit.*





Quote:



movie ini benar2 sedih.....(up close and personal) touching dan lagu celine
pernah menjadi kegilaan ku sedikit masa dulu....walaupun hubby kata celine nie penyanyi
kampung tapi celine nie tetap dihati ku dan menjadi pujaan hati ku . Gambar celine
nur selalu bawa kat forum dulu. Sampai kawan nur jadi teringat nur bila dia nampak celine dion nie.
Betul tak mami??? Mana hang pi? Lama kita tak chat?Kalau masuk sini tinggal pesan ya....miss u.





Salam..tumpang lalu ye tuan rumah.

I'm selling PONEY children's clothes at only RM25 each pc. agents/distributors are most welcomed(special rates will be given to you!). I also have Avents, Fisher Price & McLaren products at a discounted price. Discounts starts from 20%!!! It's a great deal isn't it?

my fp: http://soadorablebabies.fotopages.com
tel: 016-2488832
Tue 7-Apr-2009 01:03
Posted by:Elly soadorable.babies@yahoo.com  - [Link]
sedapnyerrr nangka kak nur!!!
ni kalau dpt ni rasanyer x sempat jd muffin dah hilang masuk perut
Tue 7-Apr-2009 13:09
Posted by:shima27  - [Link]
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 30-Apr-2009 04:16
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 33 comments Add comment


Monday, 16-Mar-2009 07:00 Email | Share | | Bookmark
School Holidays....

Banana Crumb Muffin & Ayam masak merah
Minggu ini ada lah minggu cuti sekolah....cuma cuti seminggu aje.Cuti untuk mengulangkaji pelajaran buat persiapan apabila buka sekolah minggu depan....tak ada aktiviti cuma ada perkemahan disekolah untuk sehari saja. Nur selalu ingatkan pada anak nur bila dah jejak darjah empat, pelajaran semakin susah dan seterus nya...untuk menjadi pelajar yang tetap cemerlang kena kerja keras..jangan ambil mudah dan senang.Itu lah yang buat nur stress bukan penyakit yg nur hidapi yang buat nur stress. Ada anak yang diberikan dan diamanahkan memang dah semula jadi dilahirkan pintar tapi ada anak yang pandai masih tetap juga perlu diberi perhatian dan bimbingan supaya kekal cemerlang....anak ini lah yang buat stress...bila kita leka dia pun leka....bila kita bangkit dia pun kelam kabut jadi nya. apa2 pun anak ini memang amanah Allah. Okay lah nur berhenti celoteh nak kongsi dengan teman2 menu minggu ini. Nur buat banana crumb muffin...cilok dari fotopage Jasmeen.....terima kasih meen kerana berkongsi resepi. Kak nur dah intai celah tingkap meen.




Banana Crumb Muffins ~ Jasmeen fotopages.com


INGREDIENTS

1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
3 bananas, mashed
3/4 cup white sugar
1 egg, lightly beaten
1/3 cup butter, melted
1/3 cup packed brown sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/8 teaspoon ground cinnamon
1 tablespoon butter


DIRECTIONS

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).

2. Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.

3. In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt.

4. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter.

5. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened.

6. Spoon batter into prepared muffin cups.

7. In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon.

8. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal.

9. Sprinkle topping over muffins. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.


Ini pula ayam masak merah...tak payah lah nur letak resepi kerana semua nya dah tahu pun masak ayam masak merah.....cuma cara saja yang berlainan.






salam kak nur...
sedapnyerr nampak ayam masak merah...
ni kalau pekena ngan nasi tomato ni kompem x cukup sepinggan
ermm ramai dah cuba banana muffin tu kan...sure besh ni
Thu 26-Mar-2009 08:47
Posted by:shima27  - [Link]
Resepi ni memang famous. Top ranking kat Allrecipes. Mama sendiri dah buat 2 kali, the same day. Pun licin gak! Seronok sungguh tengok tetamu makan dengan berselera sekali! Thu 26-Mar-2009 09:31
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Salam Kak Nur....
apa kabar? hrp2 semua nya ok, rasa bersalah saya tak balas komen akak, busy sikit kesana kemari saya ni. Kami semua sihat... last week saya tak sihat sikit, batuk2 & selsema dtg lagi.. now is ok.

Kak Nur, ayam mask merah tu fav. saya... lama tak makan.

re: seronok Sofia jumpa cousins, tapi cuma dlm masa yg singkat, tak dapat berkenalan dgn lebih rapat lagi. Belah family saya takde lagi cousin, she is the only cucu, tapi saya yg ramai cousins yg masih kecik2 dari 6 bulan smpai ler ke 40+...hehehe.
Take care Kak Nur, nnti saya singgah lagi.
Thu 26-Mar-2009 10:00
Posted by:~niza et sofia~  - [Link]
View all 26 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.