Want your
own Fotopage?





































 
~: Welcome To Nur's Fotopage ~:

By: Nurfikas Salleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Sep-2007 06:08 Email | Share | Bookmark
Menunggu Ramadhan.....

Chocolate Chips Cookies
Ayam Ros
Nasi Tomato
Nur ingin mengucapkan pada teman2 dan pengunjung di fotopage ini "Selamat menyambut bulan ramadhan" yang akan tiba semoga amalan kita dibulan suci ini diterima Allah dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.....Amiinn...

Sekarang nie nur proceed pada masakkan yg telah nur siapkan pada minggu lepas.... Pertama kali nur mencuba resepi dari fotopage
Mamafami dan yang kedua dari fotopage Masriyah.Tidak dapat dinafikan memang resepi ini cukup sedap itu sebab nur teruja untuk mencuba nya.Terima Kasih pada Mamafami dan Masriyah kerana sudi berkongsi resepi.Juga pada Amy Mustapha pemilik asal resepi Chocolate Chips Cookies Nur just copy and paste resepi ini..agak malas untuk menaip semula.






CHOCOLATE CHIPS COOKIES - Mamafami

Bahan-bahan :

1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak sayuran
1 biji telur
4 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sudu teh garam
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh bikarbonate soda
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawab walnuts/almond/hazelnut cincang (optional)
2 cawan semisweet chocolate chips
* mama tambah 1 sudu besar lelemak sayuran



Kaedah penyediaan :

1. Krimkan mentega, gula kastor, minyak, telur, lelemak sayuran dan esen vanilla.
2. Masukkan bahan kering yang telah diayak terlebih dahulu.
3. Sudukan sedikit adunan ke atas loyang yang telah dialaskan dengan kertas.
4. Tekankan dengan garfu.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 350 F atau 175 C selama 8 hingga 12 minit.






NASI TOMATO - Masriyah
Bahan-Bahan:
4 cawan beras - cuci dan rendam selama setengah jam
1 cawan susu cair
3 cawan air
1/2 cawan tomato puree
2 s/b minyak sapi
5 s/b butter atau marjerin
Garam secukup rasa
Daun pandan disimpul

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
2 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
5 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang besar, putih, halia dan rempah dengan butter dan minyak sapi hingga kuning
dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker lagi senang.
2. Masukkan tomato puree, garam dan gaul rata. Tambah susu cair dan air biarkan mendidih.
3. Masukkan beras yng ditoskan terlebih dahulu dan daun pandan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata sebentar.
5.Akhir sekali masukan kismis dan bawang goreng
5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak madu dan dalca atau acar timun.


Ayam Ros

1 ekor ayam anggaran 1.5 kg
1 biji kelapa - diambil 1 mangkuk santan dan 3 camca besar dibuat kerisik

Bahan-Bahan yang dikisar

20 tangkai cili kering atau mengikut pedas sendiri
2 batang serai
2 inci lengkuas
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan jintan putih
1 tin kecil tomato puri
1/2 cawan minyak masak
1 camca besar kunyit untuk menggoreng ayam
Garam dan gula secukup rasa



Cara Cara

1. Ayam dicuci bersih dan potong mengikut suka.
2. Gaulkan ayam tadi dengan garam dan kunyit.
3. Setelah itu ayam digoreng setengah masak dan ketepikan.
4. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing.
5. Kemudian masukkan santan,tomato puri,kerisik dan gula.
6. Dikacau rata dan setelah itu masukkan ayam.
7. Masak dengan api yg perlahan.Apabila kuah nya agak pekat dan cukup rasa nya boleh
lah diangkat. Taburkan dengan bawang goreng apabila menghidangkan nya.












assalamualaikum ...rejab sudah, sya'ban pun sudah kini tibalah bulan ramadhan ...fadhilatnya
salah satunya pintu langit di buka...
Sabda Rasulullah SAW:
(Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan)
Riwayat Bukhari dan Muslim
salam ukhuwah
psst...best le datang kat fp nur ne...ada banyak animation ...akak baru cuba semalam nak letak kat fp macam jadi-jai tak menjadi...leh bagi steps to be taken?...he..he.. kita tak pandai ...bab ni pick up slow le.
Tue 11-Sep-2007 10:59
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
selamat menjalani ibadah puasa...sedap2 menu nur ni Tue 11-Sep-2007 11:54
Posted by:Hajar  - [Link]
Nur masak special ni...sedap nampaknya ayam ros tu..
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa buat Nur sekeluarga...
Tue 11-Sep-2007 23:13
Posted by:mamasya  - [Link]
Wah macam-macam Nur masak....nanti puasa ni, mesti lagi hebat ye...
Selamat menjalani ibadah puasa buat Nur sekeluarga...mohon maaf andai ada yang terkasar bahasa ye....
Wed 12-Sep-2007 00:16
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428H dan selamat berpuasa..Rajin Nur masak...mmg nampak sedap biskut Chocolate Chips Cookies MamaFami dan Nasi Tomato Kak Masriyah tu.....bilala Ain leh cuba yer.. Wed 12-Sep-2007 02:04
Posted by:Ain  - [Link]
mcm2 ada.. terliurnya saya...

ps: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... semoga segala ibadat yg kita lakukan diberkati olehNya..
Wed 12-Sep-2007 03:31
Posted by:kamalina  - [Link]
tumpang lalu tuan rumah..

jom jenguk-jenguk kat sini
http://favouritecorner.fotopages.com
Wed 12-Sep-2007 09:03
Posted by:sham's cookies fav_corner@yahoo.com  - [Link]
hai kak nur.
sempena menjelang ramadan, ciku ucapkan selamt berpuasa dan ingatlah ciku kat sini selalu.

email add kak nur dah hilang lepas ciku formatkan pc aritu..
so , kalau rajin, emaillah pada ciku ok...

i miss uuu...
Wed 12-Sep-2007 09:26
Posted by:cikucak sirihseraiwangi@yahoo.com.
Rajinlah Nur nih..macam macam masak,Tq sudi cuba resipi nasi tomato tu..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK BUAT NUR DAN FAMILY...Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan ya... Wed 12-Sep-2007 09:28
Posted by:masriyah  - [Link]
>> nampaknya makan nasi tomato masa berbuka nanti la...
>> salam ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa untuk anda sekeluarga...
Wed 12-Sep-2007 16:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
wahh...sodapnya
Salam Ramadhan al-Mubarak
Wed 12-Sep-2007 22:45
Posted by:mamahouse mammahouse@gmail.com  - [Link]
Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak buat Nur dan keluarga..Semoga beroleh lebih keberkatan dariNya... Wed 12-Sep-2007 23:19
Posted by:rinnchan  - [Link]
SALAM kak nur...selamat berpuasa....

dr pza sekeluarga ....
Thu 13-Sep-2007 01:03
Posted by:**pza ibu nurin** ayiefarieza@gmail.com  - [Link]
tempting nyer all the makanans......
Salam Ramadhan untuk semua muslimin n muslimat! Mohon ampun dan maaf pada semua! Semoga diberi keberkatan untuk mengimarahkan Ramadhan tahun ini dan semoga Ramadhan ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.... http://e-nadd.fotopages.com
Thu 13-Sep-2007 04:02
Posted by:nn  - [Link]
tempting nyer all the makanans......
Salam Ramadhan untuk semua muslimin n muslimat! Mohon ampun dan maaf pada semua! Semoga diberi keberkatan untuk mengimarahkan Ramadhan tahun ini dan semoga Ramadhan ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.... http://e-nadd.fotopages.com
Thu 13-Sep-2007 04:03
Posted by:nn  - [Link]
kak nur banyaknya menu...
selamat berpuasa>> mintak halal semua resepi yg yana dah cuba...
Thu 13-Sep-2007 05:07
Posted by:yana deyana80@gmail.com  - [Link]
wahhh... menu mu sungguhlah buat kita terliur... nasib baik boleh bersabar sebab puasa.. hehehe.. selamat berpuasa yer Nur.. Thu 13-Sep-2007 08:45
Posted by:MaDiHa  - [Link]
wah Nur dah masak nasi tomato ngan ayam masak ros tu....terliur la ...berbuka hari masak apa ya...ana wat kari kepala ikan, ikan terubuk bakar cicah budu, sayur kacang buncis goreng, buah melaka aka onde2 dan rich choc pudding... ana cuti 4 hari tu yang boleh masak byk tu.. Thu 13-Sep-2007 12:37
Posted by:Ana  - [Link]
selamat berpuasa....semoga amalan di bulan Ramadhan diberkati oleh Allah s.w.t. Thu 13-Sep-2007 13:38
Posted by:cek de sam  - [Link]
sedap nampak semua makanan ni... esp ayam ros tu... nak cubalah Sat 15-Sep-2007 01:23
Posted by:fazizaid  - [Link]
terliur sgttttt Sat 15-Sep-2007 13:28
Posted by:za  - [Link]
sorie lambat reply ... bz sgt2 rite now ...

nak wish eppy ramadhan n semoga berbahagia bersama family tersayang ... semoga puasa ini membawa satu keberkatan
Sat 15-Sep-2007 19:05
Posted by:++ FarEast PhotoWorld ++  - [Link]
rajin mencuba mengisi selera bertambah sayanglah cek abang yekkk Sat 15-Sep-2007 22:22
Posted by:zatid'hati amaruszatinr@yahoo.com  - [Link]
kalo bukak gerai mesti ramai yang dtg membeli...salam ramadhan Sun 16-Sep-2007 13:52
Posted by:hairulabubakar infoto@hairulabubakar.com  - [Link]
Ai lama tak update Nur? Hehehe...eksen jek mama ni, mentang-mentang dah update, walhal sebelum ni, berzaman gak tak update...hihihi... Mon 17-Sep-2007 23:58
Posted by:MamaFaMi  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.