These menu I've accumulated for few days... ..which only today I have time to post out ....
Ikan Pesmol
Bahan Bahan
1 ekor (1 kg ikan siakap) dibersihkan
Lada hitam yang baru dikisar
Garam
Minyak masak untuk menggoreng ikan
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
500 ml santan diperah daripada 1 biji kelapa bersama 500 ml air
Bahan yang dikisar halus halus:-
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah dikupas
2 ulas bawang putih dikupas
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2 1/2cm halia dikupas
Cara Cara
1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam serta digoreng sehingga garing. Tuskan dan
bubuh didalam pinggan hidang.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai
dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.Kacau rata-rata.Campurkan
santan dan masak hingga kuah pekat.Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
3. Tuangkan kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera semasa ia masih panas.
*Nur ganti kan air limau nipis dengan asam keping...sebab lebih suka masam asam keping dari limau nipis...
Quote:
Jeff ~ kalau disini senang juga mencari tahu bakar tapi dijual oleh bangsa asing..lebih elok buat sendiri
Hajar ~ cuba ler hajar ..pada nur memang best
Mamasya ~ memang itu kuah rojak dan pesmol tu berasal dari negara Indonesia
Ida Isk ~ he..he..he..
Umi-Kal ~ feberet nur juga, nampak gaya selera kita sama kan auntie
Rinnchan ~ ia nya berasal dari Indonesia...
Roylazaim ~ memang betul kalau nak makan mesti dengan nasi panas2 baru enak U..
Pza ~ alahai adik pza sorang nie... tak terjawab akak kat sini.. pza aje ler turun sini..boleh
Kamalina ~ he..he..he.. baru first time heard ...so cuba ler...
Madiha ~ tahu bakar tu nur kalau buat main agak2 aje nanti kalau nur buat sekali lagi nur cuba catat sukatan nyer dan beri pada madiha..okay
Pza ~ tu ler tak penah tanya kak nur duduk kat mane?Kak nur orang Spore ler amacam jadi tak
Suka tahu bakar..belum rajin buat... mkn dg kuah kacang mesti rasa cam rojak kan ikan pesmolpun baru pertama kali lihat.Nur ikan ni menu Singapore atau Thai...
hissss lapar lak pagi nie tengok entry nie mcm2 ada semua kesukaan daku
Sun 12-Aug-2007 03:30 Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com - [Link]
tahu bakar??? favorite auntie, tahu sumbat pun
auntie suka, tapi kalau kat KL auntie tahu kat mana
nak dapat tahu yang lemak dan sedap, kalau kat
sini pakai beli aje lah, tak banyak akal
Sun 12-Aug-2007 05:04 Posted by:umi-kal nasution - [Link]
Bahasa negeri mana ye "pesmol" tuuu.. First time dengar nie... Tapi nampak macam sodaaaap aje tuuu...