 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
By: Nurfikas Salleh
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 15-Aug-2008 08:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Banana Cake, Ayam Panggang & Semur Betawi
|
|
Minggu lepas dapat award dari mamasya,dapurimpian dan juga kak leen, disebabkan terlalu sibuk memandangkan minggu lepas ada cuti panjang sedikit itu yang tak berkesempatan nak update fotopage....jadi award pun terpaksa simpan dulu.Jangan marah ya..... . Terima kasih kepada mamasya yang sentiasa mengingati nur disini, juga kak leen dan kak nab....erk betul tak? tak beberapa minggu dah nak sambut ramadhan lagi sibuk dibuat nya...... . Okay la dibawah ini nur nak jamu mata teman2 untuk melihat masakkan nur yang berwarna hitam ini. Resepi berasal dari Indonesia.
Banana Cake
Bahan-Bahan nya:-
260 gm tepung naik sendiri
220 gula castor
180 gm butter
260 gm pisang
4 biji telur
30 ml susu
3/4 baking soda
1 sudu teh emulsifier (tidak semesti nya)
Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang
2. Masukkan emulsifier dan kacau rata.
3. Masukkan telur sedikit sedikit dan kacau sehingga licin
4. Lecek pisang dan dicampurkan dengan susu
5. Masukkan vanila esen kedlm pisang tadi
6. Tepung naik sendiri di ayak bersama baking soda
7. Masukkan tepung perlahan2 ke dalam tepung tadi
8. Sapukkan sedikit minyak pada loyang bulat yg berukuran 23cm x 6.4 cm
9. Bakar dalam suhu 170c dalam masa 60-70 minit
   
Semur Betawi
Bahan-Bahan nya
500 gm daging di potong nipis
5 sudu makan kicap manis
1 sudu makan margarine
5 biji bawang kecil dihiris nipis
1 helai daun salam atau bay leaf sebagai ganti
1/4 serbuk buah pala
2 kuntum bunga lawang
3 cm kayu manis
1 biji tomato
1 sudu makan bawang goreng
garam
Bahan-Bahan Kisar
4 biji bawang putih
1 sudu teh halia di cincang
3 biji buah keras
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh jintan
1 1/2 sudu teh lada hitam
Cara-Cara nya
1. Satu kan daging bersama kicap manis sehingga rata.
2. Panaskan margarine dan masukkan bawang kecil tadi, di goreng
hingga kuning.
3. Masukkan rempah kisar, daun salam, serbuk pala dan bunga lawang
4. Tumis hingga wangi, kemudian masukkan daging tadi.
5. Kacau rata daging bersama rempah tadi, setelah itu masukkan air dan
masak hingga daging tadi empuk dan kuah nya pekat.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan taburkan bawang goreng.
Ayam Panggang Kecap
Bahan-Bahan nya
1 ekor ayam di potong 2-4
1 sudu kecil asam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak
250 cc air
6 sudu makan kicap manis
1 biji limau nipis ambil air nya (nur gunakan asam keping yang kecil)
Bahan kisar
2 biji cili merah (nur gunakan 4 biji cili merah)
8 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
1 sudu teh lada hitam
3 biji buah keras digoreng
3-4 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
sedikit gula
Cara-Cara nya
1. Air asam dan garam yang dicampur dengan 2 sudu makan air lalu
dilumurkan pada ayam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan ayam, air dan juga kicap manis.
4. Bila ayam telah separuh masak dan kuah menjadi pekat, masukkan
air perahan limau tadi.
5. Setelah itu ketepikan, bakar ayam dibara api sambil lumurkan rempah
yang telah masak tadi keatas ayam.
6. Sebelum dihidang potong ayam tadi.
*ayam seekor tadi nur potong seperti biasa, jadi tak perlu memotong
nya apabila ayam tadi masak. Nur tak gunakan air kerana ayam tadi telah
mengeluarkan air nya sendiri.*
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|